Ads 468x60px

Wednesday 29 May 2013

Membuat Kabel VGA Dengan Kabel UTP

Ok, kali ini kita akan explore lagi satu cara bagaimana hendak membuat kabel VGA menggunakan kabel UTP. Eksperimen ini adalah hasil carian dan pertanyaan melalui pakcik Google.   

Kabel VGA yang panjang dapat digunakan untuk menyambung LCD projektor  sama ada melalui output VGA splitter atau melalui sambungan terus ke VGA connector yang terdapat pada laptop/PC. Tanpa kabel ini tentu akan mendatangkan masalah kerana jaraknya yang panjang antara kedudukan laptop yang ada di bawah dengan LCD projektor yang tergantung di siling.

Baiklah, sebelum itu, kita kena sediakan komponennya dahulu iaitu:

1. Kabel LAN (CAT5e) - iaitu kabel yang biasa digunakan untuk  membuat sambungan jaringan LAN. Saya gunakan sepanjang 15 meter saja. Jangan terlalu panjang. Sebab semakin panjang kabel, maka signal akan semakin lemah.
 
Gambar 1: Kabel UTP


2. Dua biji VGA connector 15 pin male & female - ini adalah connector yang biasa digunakan untuk output VGA di mana bentuknya seperti huruf D yang terdiri dari 15 pin. Adapun nombor pin boleh dilihat pada badan connector tersebut.

Gambar 2: Front (male) dan Back (female) 
Kalau rajin pusing kat Plaza Low Yat, boleh beli kedua-dua connector di sana. 

Kalau nak jimat duit, boleh belasah kabel yang dah tak pakai kat sekolah anda. Potong dan buang housing connector. Macam mana nak buka housing tu... sendiri fikirlah!


Gambar 3: Kabel VGA dari kilang


Peralatan yang akan digunakan untuk kerja-kerja ini antara lainnya ialah alatan solder dengan timahnya, gunting, dan pemotong kabel (cutter). Itu saja yang diperlukan....


Di bawah ini adalah skema kabel dan pin yang harus disambung berserta warna kabelnya agar lebih mudah untuk solder kabel ke pin connector :

Pin 1 ---> Oren
Pin 2 ---> Hijau
Pin 3 ---> Biru
Pin 4 ---> Tidak digunakan
Pin 5 ---> Tidak digunakan
Pin 6 ---> Putih-Oren
Pin 7 ---> Putih-Hijau
Pin 8 ---> Putih-Biru
Pin 9 ---> Tidak digunakan
Pin 10 ---> Tidak digunakan
Pin 11 ---> Tidak digunakan
Pin 13 ---> Coklat
Pin 14 ---> Putih-Coklat
Pin 15 ---> Tidak digunakan 


Gambar 4: Cara pemasangan pin pada VGA dan kabel UTP


Sekarang kita boleh solder kabel mengikut warna pada connector masing-masing mengikut nombor pin seperti yang tertera pada gambar di atas. Jangan lupa ikut skema kabel.  
Gambar 5: Sambungan RJ45 ke VGA connector



# Perlu diingatkan bahawa dalam Gambar 5, ianya menunjukkan skema diagram bagi menyambung dari kabel UTP dengan VGA connector. Sambungan begini sesuai digunakan jika ingin membuat sambungan menggunakan kabel UTP di Video Splitter ke LCD atau monitor sahaja.

Gambar 6: Video Splitter

Ok, sekarang kita kembali semula kepada kerja kita untuk menyambung daripada VGA male ke VGA female. Boleh lihat contoh soldering di bawah.


Gambar 7: Contoh soldering


Semasa solder kabel tersebut, anda perlu berhati-hati sebab jarak pin sangat rapat. Seelok-eloknya anda solder dulu pada pin di bahagian tengah iaitu deretan pin 6, 7 dan 8. Kemudian barulah diikuti dengan pin 1, 2, 3... dan pin 13, 14.

Gambar 8: Siap dipasang dengan housing


Solder dengan kemas. Awas! Jangan sampai solder tersebut menyebabkan antara pin tersebut bersambungan satu dengan yang lain. Buat perlahan-lahan dan cermat. Insyaallah berjaya. 


Kalau dah siap, anda boleh uji dengan multitester untuk memastikan sambungan anda berjaya.


Selamat mencuba.......!!!!!


Inspirasi & Credit: http://dafiya606.blogspot.com