Alhamdulillah, keputusan SPM tahun ini amat menggembirakan hati cikgu. Walaupun bilangan calon tak ramai, tapi cukup untuk memberikan kepuasan atas segala tenaga yang dicurahkan.
Kalian telah berusaha sedaya upaya kamu. Cikgu melihat kesungguhan kamu. Walaupun keputusan kali ini ada yang tidak menepati impian kamu, namun kamu perlu redha. Mungkin ada sebabnya Allah memberikan ujian ini sebegini kepada kamu.
Banyak lagi ujian dan cabaran yang akan kalian harungi selepas ini. Namun tempuhilah dengan penuh kesabaran dan keimanan. In sya Allah, ada hikmahnya. Selamat berjaya dan harungilah samudera kehidupan ini dengan keikhlasan. Semoga Allah merahmati kamu semua. Amin.
Showing posts with label Catatan Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Catatan Cikgu. Show all posts
Thursday, 16 March 2017
Thursday, 3 March 2016
Keputusan SPM 2015 Diumumkan!
Alhamdulillah, keputusan SPM 2015 telah diumumkan. Seperti tahun lepas, cikgu tidak dapat hadir untuk mengucapkan tahniah dan dorongan kepada semua anak didik cikgu yang datang mengambil keputusan peperiksaan SPM 2015. Ini dek kerana cikgu perlu bertugas sebagai JU untuk Portal Pembelajaran Maya di Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.
Berdebar jantung menantikan keputusan anak-anak didik cikgu. Usai tugas di JPN Melaka, cikgu bergegas pulang ke sekolah untuk meninjau keputusan bagi subjek ICT.
Alhamdulillah, kalian semua telah memberikan hadiah yang terbaik buat kami sebagai pendidik di SMK Bukit Rambai. Amat membanggakan cikgu.
Apabila data statistik dimuat naik oleh cikgu Goh, mata cikgu meliar mencari keputusan keseluruhan ICT negeri Melaka.
Syukur, "Ya Allah, Engkau telah makbulkan doa hambaMu!" Begitu juga dengan doa daripada ibu bapa kalian.
Pesan cikgu, kejarlah ilmu di mana sahaja kalian berada. Niatkan dan sematkan dijiwa bahawa segala ilmu yang diperoleh ingin digunakan untuk membela agama, bangsa dan negara.
Kalian adalah pemimpin pada masa hadapan. Warnai kehidupan dengan warna keilmuan. Kerana bangsa yang berjaya dan bertamadun tidak pernah lari dari pembangunan ilmu dan akhlak. Itu yang kamu semua telah pelajari dalam Sejarah Tingkatan 4. Yang penting jangan sekali-kali menyerah kalah. Hidup ini adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya!
Akhir kalam, cikgu mengucapkan selamat menempuh kehidupan baru. Semoga Allah memakbulkan cita-cita kalian. Sentiasalah bertaqarub dan bergantung harap kepada Ilahi.

Tuesday, 3 March 2015
Keputusan SPM 2014
Hari ini cikgu bertugas sebagai pegawai dalam Kejohanan Skuasy MSS Melaka 2015. Hati terasa berdebar menantikan keputusan SPM keluar.
Usai acara separuh akhir, cikgu bergegas kembali ke SMKBR untuk meninjau sejenak anak-anak murid yang sedang mengambil keputusan masing-masing.
Sempat berjumpa dengan beberapa orang anak didik yang ternyata begitu gembira menerima keputusan masing-masing.
Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna dan membanggakan buat diri cikgu. Mengapa? Pertama sekali cikgu amat bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan berita yang menggembirakan apabila putera kedua cikgu mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Perkara kedua yang menggembirakan cikgu ialah apabila mengetahui semua anak didik cikgu lulus 100%. Rekod terbaik juga apabila 6 orang pelajar ICT mendapat keputusan cemerlang A+ (1 orang), A (2 orang) dan A- (3 orang). Selebihnya B+ (2 orang) dan B (1 orang). GPMP juga telah turun dari 3.65 (2013) kepada 2.00 (2014) iaitu penurunan sebanyak -1.65. Kalian telah memecahkan rekod tahun 2008!
Malah salah seorang berjaya menjadi pelajar terbaik iaitu Siti Fatin Natasya bt. Mohd Nasir. Tahniah untuk semua. Kamu memang hebat!
Perkara ketiga ialah apabila keputusan ICT tahun ini melayakkan kita menduduki tempat kedua dalam negeri Melaka selepas SMKA Sharifah Rodziah.
Walaupun ada beberapa orang pelajar yang cikgu tidak dapat berjumpa, namun dalam hati cikgu, batch 2013-2014 telah menghadiahkan sebuah kenangan yang terindah dalam hidup ini. Kalian semua memang berhak mendapatnya kerana usaha keras kalian, disertai doa daripada ibu bapa yang tidak putus-putus bersama sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Cikgu hanya sebahagian watak yang menyumbang terhadap kejayaan kalian. Yang paling penting usaha dan doa kalian telah dikabulkan Allah SWT.
Cikgu doakan semoga amalan kita diberkati dan diredhai Allah SWT dan diterima sebagai salah satu amal soleh kita. Cikgu juga ingin ucapkan selamat menempuh sebuah lagi perjalanan dalam memburu cita-cita ilmu.
"Life is like connecting the dots. We can only connecting the dots by looking backward." ~ Steve Jobs
Ingatilah perkara terindah yang kita lalui buat kenangan dan panduan masa depan. Sentiasalah dahagakan ilmu pengetahuan kerana inilah jihad kita yang paling utama.
Jadikanlah diri kalian sebagai suri teladan yang boleh diikuti oleh orang lain walau di mana kalian berada. Kalian adalah masa depan negara. Kalian adalah 'brand' kebanggaan keluarga. Kalian adalah legasi SMKBR.
Janganlah kalian dilemahkan oleh bisikan atau suara-suara yang cuba melemahkan diri kalian atau mereka yang ingin mencuri impian kalian. Burulah cita-cita dengan penuh tekad dan keazaman.
Pegang eratlah cita-cita dengan penuh ketaqwaan. Kerana kalian sebahagian daripada kalangan yang berjihad fi sabilillah demi memartabatkan ummah melalui wadah ilmu.
Jadilah penuntut kebanggaan guru dengan penuh adab dan etika. Julanglah ilmu dengan niat untuk mengamalkannya dan sentiasa bersyukur dengannya. Kerana orang yang beramal dengan ilmunya adalah seumpama pohon yang subur lagi berbuah. Dan tanda orang yang bersyukur ialah semakin kuat keimanannya dan semakin dekat dirinya dengan Tuhan Yang Maha Esa!
Bertindak bijaklah berpandukan ilmu dan syariat kerana di situ ada berkat! Semoga ilmu menjadi penyuluh hidup kita semua.
Kami akan sentiasa merindui kalian. Mungkin akan cuba mengintai perkembangan kalian dari masa ke semasa. Ini sebahagian daripada rutin buat insan yang bergelar guru.
Akhir kalam, janganlah lupa segala budi dan jasa SMKBR dan selamat berjaya buat kalian semua!
Subscribe to:
Posts (Atom)