Ads 468x60px

Showing posts with label Multimedia. Show all posts
Showing posts with label Multimedia. Show all posts

Sunday, 7 February 2016

7 Trend Yang Bakal Mengubah Landskap Dunia Pendidikan

Artikel nukilan Syazwan Zamree, pengasas Keenobot – bongkah robot pendidikan yang membolehkan kanak-kanak membina robot dan mempelajari pengaturcaraan dengan cara yang lebih pintar. Layari : Keenobot.

Tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar dan menarik, terutamanya bagi sektor pendidikan. Kejayaan institusi, syarikat dan individu membangunkan peranti, perisian dan aplikasi canggih bukan hanya memberi kesan positif dalam kehidupan peribadi kita tetapi juga aspek pendidikan sejagat. Dengan dunia yang menjadi semakin global, kita seharusnya memanfaatkan segala sarana dan kemudahan yang boleh dicapai demi menjadikan bidang pendidikan kita lebih berdaya saing. 7 trend yang bakal dibincangkan ini dijangka mampu merubah landskap pendidikan negara ini kearah yang lebih baik jika dimanfaatkan sebaiknya.

Sukan Elektronik (E-Sukan)
E-sukan merupakan sebuah industri baru, bukan kepada pembangun permainan video, tetapi merupakan industri dan sumber ekonomi baru kepada para pemain. Ya, anda dibayar apabila bermain permainan video.

Terbaru, sebuah sekolah di Norway telah menawarkan kursus E-sukan kepada pelajar-pelajarnya, dan hal ini membuktikan bahawa e-sukan merupakan sebuah bidang yang berdaya saing.


Aspek-aspek penilaian bagi pelajar sukan tradisional dan e-sukan tidak banyak bezanya. Penilaian terhadap aspek-aspek seperti kemahiran berkomunikasi berkumpulan, perancangan strategi dan juga taktik permainan, tidak hanya digunapakai dalam bidang sukan tradisional tetapi juga dalam e-sukan.
Kita sudah tidak perlu ragu-ragu lagi dengan e-sukan, seakan-akan ianya tidak mendatangkan sebarang faedah langsung kepada industri lain selain e-sukan itu sendiri. Hal ini kerana applikasi e-sukan dapat digunapakai dalam bidang lain seperti ketenteraan, penjelajahan kawasan baru bahkan dalam sukan tradisional. Sektor pendidikan di Malaysia perlu mencari jalan agar dapat memanfaatkan e-sukan demi meningkatkan mutu pendidikan negara.
Pengaturcaraan
Tidak dinafikan lagi, pengaturcaraan komputer merupakan kemahiran dan bidang yang sangat penting dewasa ini. Pelajar yang mempelajari pengaturcaraan komputer bukan hanya dapat menambah ilmu baru bahkan kemahiran mereka itu dapat digunakan dalam usaha meneroka peluang ekonomi baru.


Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia mengkhususkan satu bab tentang pengaturcaraan komputer dalam subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6 dijangka mampu memberi impak positif bukan sahaja kepada pelajar bahkan kepada seluruh sistem pendidikan itu sendiri.
Hal ini kerana ianya mampu menjadikan para pelajar lebih berkemampuan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mampu membangun aplikasi komputer dan juga suatu hari nanti berupaya menganalisa data-data besar atau disebut sebagai big data dalam Bahasa Inggerisnya.
Robotik
Robotik merupakan sebuah bidang yang sangat istimewa kerana ia menggabungkan beberapa bidang kejuruteraan seperti elektronik, mekanikal dan reka bentuk disamping bidang sains komputer seperti pengaturcaraan.
Mendedahkan pelajar kepada dunia robotik mampu memberi kesan besar kepada industri kejuruteraan negara bukan hanya dalam bidang pembuatan dan penyelengaraan tetapi dalam bidang reka bentuk.



Kita sedia maklum bahawa bidang reka bentuk ini bukanlah suatu bidang yang norma di Malaysia ini dan dengan pendedahan awal kepada pelajar sekolah realiti ini diharap mampu diubah.
Malangnya apa yang terjadi sekarang, hanya kanak-kanak dari keluarga berpendapatan tinggi sahaja mampu mendapat capaian kepada pendidikan robotik, manakala golongan kelas pertengahan dan berpendapatan rendah tidak mampu memperolehi kemewahan ini.

Oleh itu kit robotik berkos sederhana dan rendah dijangka dapat menyelesaikan masalah ini, pada tahun ini.
Percetakan 3D
Hari ini subjek Kemahiran Hidup di sekolah rendah dan menengah mendedahkan para pelajar dengan teknologi pembuatan berasaskan kayu dan logam. Dengan teknologi percetakan 3D, pelajar dijangka mampu mereka bentuk sesuatu yang mustahil direka dengan menggunakan kayu dan logam.
Hal ini secara langsung dapat membuka halangan yang membataskan kreativiti para pelajar untuk pergi lebih jauh yang dibatasi oleh keupayaan penggunaan perkakas dan kemahiran pembinaan menggunakan kayu dan logam.

Dengan hanya mereka bentuk menggunakan perisian komputer yang boleh didapati secara percuma, apa sahaja boleh dijelmakan menjadi realiti. Tambahan pula, teknologi percetakan 3D yang telah wujud sejak sekian lama dan telah luput patennya menjadikan mesin pencetak 3D mampu dimiliki oleh sekolah pada harga serendah RM2,000 sahaja.
Realiti-Maya
Realiti maya mampu menghasilkan persekitaraan maya yang memberi pengalaman visual dan audio kepada manusia melalui komputer seolah-olah menyerupai pengalaman yang sebenar.
Oculus Rift sebagai contoh merupakan salah sebuah peranti realiti maya yang bakal dikeluarkan pada suku pertama tahun 2016, dan bidang pendidikan khususnya institusi sekolah rendah dan menengah perlu mengambil peluang keemasan ini.
 
Teknologi realiti maya ini mampu memberi para pelajar pengalaman sebenar berada di persekitaran yang tidak mampu dicapai secara fizikal oleh kerana batasan jarak, keselamatan dan kos seperti laut dalam, Stesen Angkasa Antarabangsa mahupun angkasa lepas itu sendiri.

Tidak terhad kepada itu, para pelajar juga boleh menjelajah melalui tubuh badan manusia dan meneroka sistem biologi ciptaan tuhan ini.

Tidak saja bertumpu kepada penggunaan permainan digital, realiti maya juga mampu memberi pendedahkan awal kepada pelajar berkaitan soal keselamatan pemanduan jalan raya, dengan memberi mereka peluang memandu kereta maya sekalipun mereka masih belum layak untuk memiliki lesen.
Pembelajaran Mudah-Alih
Semenjak 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini, seluruh aspek kehidupan kita telah menjadi lebih mudah alih dengan kewujudan peranti-peranti mudah alih berkos rendah dan sederhana di pasaran. Lebih 3 juta aplikasi mudah alih boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store.
Anda tidak perlu lagi ke ATM untuk memindahkan wang dan tidak perlu beratur panjang untuk membayar bil utiliti. Pemesanan makanan hanya di hujung jari, menempah lori tidak lagi perlu melihat iklan di tiang elektrik dan menonton rancangan kegemaran anda kini tidak lagi perlu di hadapan telivisyen.


Kehidupan kita telah banyak berubah, tetapi bagaimana pula dengan pendidikan anak-anak kita. Adakah searus dengan perubahan yang lain?
Kini anak anda boleh belajar muzik, pengaturcaraan komputer dan juga matematik dengan menggunakan aplikasi dalam peranti mudah alih. Beribu-ribu aplikasi boleh didapati secara berbayar mahupun percuma, tinggal lagi hanya kitalah yang mahu menggunakannya.
Pendidikan dapat dilakukan di mana jua samada di kedai kopi atau di pusat membeli belah. Ianya tidak terhad di dalam kelas lagi pada hari ini.
Perkomputeran Awan
Bidang perniagaan dan perdagangan telah lama menggunakan perisian sebagai utiliti, yakni menggunakannya seperti air dan elektrik hanya apabila diperlukan, terima kasih kepada perkomputeran awan. Mereka tidak perlu lagi menaik taraf dan menyelenggara perkakasan komputer, cukup sekadar mempunyai komputer berspesifikasi asas dengan capaian internet.

Kini, perkomputeran awan telah memberi impak kepada kehidupan peribadi kita. Kita tidak lagi perlu membeli pemacu keras bersaiz besar. Gambar, video dan fail-fail penting hanya perlu disimpan di awan.

Bidang pendidikan juga perlu memanfaatkan kemudahan ini. Kesannya, anak-anak kita tidak lagi perlu membeli buku rujukan dengan harga yang mahal, sekolah tidak lagi perlu menaik taraf sistem perkomputeran mereka dengan spesifikasi yang tinggi langsung menjimatkan kos dan harga perisian komputer juga akan menjadi lebih murah bahkan percuma.

Segala fail yang disimpan di makmal komputer sekolah tidak perlu lagi disalin di dalam peranti storan data para pelajar. Dengan storan awan, fail yang disimpan di dalam komputer di makmal sekolah dapat dicapai melalui komputer di rumah, dan segala perubahan terhadap fail melaui komputer di rumah juga akan memberi perubahan yang sama terhadap fail di dalam komputer di sekolah.

Kini, anak-anak lepasan sekolah menengah kita tidak perlu lagi meneka-neka bidang pengajian apa yang mereka perlu teruskan di institusi pengajian tinggi nanti. Mereka sendiri dapat mengikuti dan mengalami suasana kursus-kursus di universiti terkemuka dalam dan luar negara semasa cuti selepas SPM mereka, secara percuma. Segala bahan-bahan pembelajaran seperti video syarahan, kuiz, nota dan sebagainya mampu dicapai dan dimuat turun secara percuma tanpa sebarang kos tambahan.


Kredit:

Amanz.my

Tuesday, 26 January 2016

Apa Itu Augmented Reality?

Augmented Reality bermaksud Realiti tertambah atau dikenal dengan singkatannya sebagai AR (augmented reality). Ianya adalah teknologi yang menggabungkan objek maya dua dimensi ataupun tiga dimensi ke dalam sebuah lingkungan nyata tiga dimensi lalu memprojeksikan objek-objek maya tersebut dalam waktu nyata. Tidak seperti realiti maya yang sepenuhnya menggantikan kenyataan, realiti tertambah sekadar menambahkan atau melengkapi kenyataan.


 Objek-objek maya menampilkan informasi yang tidak dapat diterima oleh pengguna dengan panca inderanya sendiri. Hal ini menjadikan realiti tertambah sesuai sebagai alat untuk membantu persepsi dan interaksi penggunanya dengan dunia nyata. Informasi yang ditampilkan oleh objek maya membantu pengguna melaksanakan kegiatan-kegiatan dalam dunia nyata. Contoh yang paling mudah bagi kita untuk memahami penggunaan AR ialah CT Scan atau MRI.

Realiti tertambah dapat diaplikasikan untuk semua panca indera, termasuk pendengaran, sentuhan, dan penciuman. Selain digunakan dalam bidang-bidang seperti kesihatan, ketenteraan, industri pembuatan, realiti tertambah juga telah diaplikasikan dalam perisian-perisian yang digunakan orang ramai, seperti pada telefon pintar.

Teknologi Augmented Reality sangat cepat sekali berkembang dan telah banyak aplikasi-aplikasi yang menggunakan teknologi AR. AR merupakan terobosan  dibidang teknologi yang sangat canggih. Kerana dengan teknologi ini kita dapat menjadikan segala hal yang abstrak atau virtual boleh kelihatan nyata atau real.

Teknologi AR sendiri telah dikembangkan dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah:
  1. Augmented Reality Interactive Games
  2. Augmented Reality Presentation
  3. Augmented Reality Event
  4. Augmented Reality High Tech Environment
  5. Augmented Reality Website
  6. Augmented Reality Promotion

Saturday, 21 February 2015

 
Adakah anda memiliki blog atau laman web? sudahkah anda memeriksa ranking website atau blog anda berdasarkan peringkat dunia, mengetahui jumlah pengunjung, jumlah site linking serta rangking berdasarkan negara anda?
 
Dengan bantuan website seperti alexa.com anda dapat mengetahui ranking website dan blog anda dalam skala dunia mahupun skala Malaysia. Malah anda dapat mengetahui perkembangan laman web dan blog anda secara berkala.
 
Berikut ini akan dijelaskan bagaimana cara memeriksa rangking website dan blog anda secara cepat tanpa mendaftar terlebih dahulu. 
 
Lihat contoh seperti di bawah. Taipkan alexa.com/siteinfo/
 
Pada bahagian Site Overview, isikan URL laman web atau blog anda dalam kotak Enter a site.

Nah, sekarang anda sudah tahu status ranking anda secara terperinci.


Wednesday, 4 February 2015

Massively Multiplayer Online Role-Playing Game - MMORPG

Warcraft Online Game

Permainan dalam talian (online game) adalah permainan yang sedang popular kebelakangan ini. Baik anak muda mahupun dewasa, tidak ada yang tidak suka bermain permainan. Online game adalah permainan yang dimainkan oleh pihak pihak yang terhubung ke jaringan internet. Salah satu game online yang sangat digemari adalah MMORPG.

Menurut Wikipedia:

Massively multiplayer online role-playing games (MMORPGs) blend the genres of role-playing video games and massively multiplayer online games, possibly in the form of web browser-based games, in which a very large number of players interact with one another within a virtual world.
As in all RPGs, the player assume the role of a character (often in a fantasy world or science-fiction world) and takes control over many of that character's actions. MMORPGs are distinguished from single-player or small multi-player online RPGs by the number of players able to interact together, and by the game's persistent world (usually hosted by the game's publisher), which continues to exist and evolve while the player is offline and away from the game.
MMORPGs are played throughout the world. Worldwide revenues for MMORPGs exceeded half a billion dollars in 2005,[1] and Western revenues exceeded US$1 billion in 2006.[2] In 2008, Western consumer spending on subscription MMOGs grew to $1.4 billion.[3] World of Warcraft, a popular MMORPG, has an approximately 7.8 million subscribers at the end of the year 2013.[4] Star Wars: The Old Republic, released in 2011, became the world's 'Fastest-Growing MMO Ever' after gaining 1 million subscribers within the first three days of its launch.[5][6]

Menurut Technopedia:

A massively multiplayer online role-playing game (MMORPG) is a video game that takes place in a persistent state world (PSW) with thousands, or even millions, of players developing their characters in a role-playing environment. The virtual world in which the game takes place is never static. Even when a player is logged off, events are occurring across the world that may impact the player when he or she logs in again.

Apa itu MMORPG?

Permainan Berperanan Berganda Dalam Talian atau MMORPG adalah salah satu jenis dari Massively Multiplayer Online Game (MMOG) iaitu suatu game berasaskan RPG di mana pemain client terhubung ke server game dalam memainkan gamenya. Terdapat ratusan bahkan ribuan pemain yang saling berinteraksi dalam dunia virtual. Server di sini berfungsi sebagai central management dari game yang dimainkan. Sebagai contoh, game Ragnarok adalah salah satu dari banyak game MMORPG. Pemain atau juga dikenalai sebagai client harus memiliki perisian yang terpasang (install) di komputer lokal dan akan terhubung ke server game ketika game dimainkan. Jika server down maka game tidak akan dapat dimainkan.

RPG sendiri adalah game di mana pemain mengawal suatu karakter yang direpresentasikan dengan avatar. Karakter tersebut dapat berkembang seiring waktu, dapat berinteraksi dengan karakter lainnya dan lain-lain. Jadi MMORPG adalah game RPG yang dimainkan secara online.

Di dalam permainan MMORPG, mungkin kita sering melihat para pemainnya memakai berbagai istilah-istilah menarik. Mulai dari singkatan kata, hingga kata-kata khusus. Walau ada banyak game MMORPG kini, namun istilah-istilah yang dipakai kebanyakan adalah sama. Seperti 'bahasa perbualan' dalam kehidupan nyata, 'bahasa MMORPG' ini juga adalah alat komunikasi para pemainnya. Berikut adalah daftar istilah-istilah dalam game MMORPG yang sering umum dipakai dalam berbagai game:

1. PAKET/BUFF
Istilah yang dipakai pemain untuk meminta support skill dari anggota team yang dapat melakukan support skill seperti priest.
2. HEAL PLZ
Istilah yang dipakai pemain untuk meminta skill penyembuhan dari karakter yang memiliki skill untuk menyembuhkan.
3. HODE :x
Dipakai untuk menyebut pemain yang memakai avatar dengan jenis kelamin yang kebalikan dari aslinya. Biasanya dipakai untuk menyebut pemain lelaki yang memakai avatar wanita. Istilah ini tampaknya bersumber dari game Ragnarok Online, dan berasal dari nama salah satu monster iaitu Hode. Monster yang berbentuk seperti cacing.
4. COLOK/ENCHANT
Untuk menambah slot upgrade pada equipment. Equipment yang sudah di 'colok' boleh memiliki kemampuan khusus, atau menjadi berelemen.
5. GB
Istilah ini dipakai seorang pemain yang memerlukankan bantuan dalam game. Bantuan itu misalnya untuk dimasukan group agar dapat menyelesaikan quest, atau untuk menaikan level
6. LEVELING
Istilah untuk bermain dan bertujuan menaikan level karakter hingga batas level tertentu.
7. POL/PUL/FULL
Istilah ini dipakai untuk menjelaskan kepada karakter yang ingin bergabung dalam suatu group/team, tetapi team tersebut sudah mencapai batas maksima peserta sehingga dia tidak boleh bergabung dalam team itu.
8. NOOB/NEWBIE
Player yang benar-benar baru dalam game, atau boleh juga menyebut pemain yang teralu sembrono walaupun dia sudah berlevel tinggi.
9. TB
Jenis karakter yang memiliki def point yang tinggi dan health point yang tinggi juga. Dalam team, karakter ini berfungsi sebagai penahan serangan dari monster atau boss, sementara karakter dalam team lainnya menyerang monster itu.
10. HITTER
Sebutan untuk karakter penyerang dalam sebuah team. Karakter ini akan lebih aktif menyerang monster. Biasanya, hitter dilindungi juga oleh TB.
11. HP/MP
HP adalah singkatan dari health point, sedangkan MP adalah singkatan dari mana points, kadang kala disebut juga SP atau spell points. HP berpengaruh pada 'nyawa' karakter tersebut. Jika HP karakter itu mencapai nol (sifar), maka dia 'mati' dalam game. Sedangkan MP atau SP berpengaruh pada skill sihir karakter itu. Semakin banyak MP yang dimiliki, maka dia mampu melakukan skill sihir yang lebih sering.
12. PK/PVP
Player Kill atau disebut juga Player Vs Player. Pemain dapat menyerang pemain lainnya. Untuk melakukan PK ini, tiap game memiliki ketentuannya masing-masing.
13. XP
Singkatan dari experience points. XP inilah yang berpengaruh pada level karakter. XP didapat dari berburu monster atau melakukan quest. Untuk naik level, diperlukan XP sampai batas tertentu. Semakin tinggi level karakter, XP yang diperlukan akan semakin bertambah.
14. NYAMPAH
Sebutan untuk karakter merebut monster pemain lain sekaligus merebut item dan XP dari monster itu. Biasanya, mereka akan menunggu pemain lain menyerang monster lebih dahulu, baru dia melakukan serangan.
15. SKILL AREA
Biasanya, jenis karakter hitter memiliki skill yang mampu menyerang banyak monster dalam radius jarak yang cukup lebar yang disebut skill area.
16. TEMPA/NGETOK/NEMPA
Istilah yang dipakai untuk mengupgrade senjata atau armor hingga kekuatannya bertambah beberapa level. Tampaknya, istilah ini dibawa dari game Ragnarok Online, di mana ada salah satu 2nd jobnya iaitu blacksmith yang mampu melakukan upgrade equipment ini. Ketika skill upgrade dijalankan, animasinya berbentuk seperti menempa senjata.
17. CUPU
Sebutan untuk karakter yang kurang ahli dalam bermain game. Tapi, cupu di sini juga boleh bererti ejekan atau makian terhadap karakter lain yang dianggap tidak begitu piawai dalam bermain game.
18. DEWA/DEWI
Dewa untuk karakter laki-laki yang sudah mencapai level tinggi, dan punya jam terbang yang tinggi juga. Kalau dewi adalah sebutan untuk karakter wanitanya.
19. NEON/NYALA
Dalam Ragnarok Online, jika karakter sudah mencapai level 99, maka karakter tersebut dapat mengeluarkan aura, sehingga terlihat seperti 'menyala' dengan lampu neon warna-warni.
20. MOBBER
Karakter yang mempunyai tingkat penghindaran tinggi, dan mampu mengumpulkan banyak monster tanpa harus terkena serangan.
20. MOB/NGEMOB
Karakter yang memiliki tingkat penghindaran serangan yang tinggi, biasanya dalam suatu team/group, akan mengumpulkan banyak monster, sehingga hunting dapat dilakukan dengan lebih cepat dan XP yang naik akan lebih besar. Dalam ngemob, peranan TB adalah sebagai penahan serangan dari kumpulan monster yang didatangkan oleh si Mobber.
21. DROP ITEM
Barang yang didapatkan dari monster yang sudah dikalahkan.
22. CLAN/GUILD
Perkumpulan antara pemain dalam suatu game. Setiap clan/guild memiliki nama masing-masing dan memiliki struktur layaknya organisasi. Rata-rata, hampir semua game online memiliki fasiliti guild/clan, dan juga boleh melakukan perang antara clan/guild untuk merebut wilayah atau kastil.
23. SOLO
Istilah ini untuk menyebut pemain yang melakukan kegiatan hunting sendirian atau tidak bersama group.
24. HUNTING
Istilah untuk menyebut kegiatan berburu dan mengalahkan monster dalam map.
25. KK/CC
Panggilan kepada gamer lain. Boleh dipakai untuk memanggil yang lebih tua usianya, lebih tinggi levelnya, atau bisa juga untuk memanggil karakter yang lebih dihormati. Kadang juga dipakai untuk memanggil karakter yang baru dikenal.
KK berasal dari kata 'gege' dalam bahasa Mandarin, dan dalam bahasa Hokkiannya pelafazannya adalah koko, disingkat kk, yang artinya 'kakak laki-laki'.
Sedangkan CC adalah berasal dari kata 'jiejie' dalam bahasa mandarin dan dalam bahasa hokkiannya pelafalannya adalah cici, yang artinya 'kakak perempuan'
26. MOMON
Sebutan untuk monster.
27. WHSIP/BISIK/WISP
Sebutan untuk pembicaraan private antara 2 pemain yang tidak boleh dibaca oleh pemain lainnya.
28. PARTY
Sebutan untuk team/group dalam game, di mana berisikan 2 pemain atau lebih. Hunting atau menyelesaikan quest dalam team akan jauh lebih mudah dan cepat.
29. POT
Singkatan dari 'potion', atau item yang mampu menambah HP/MP atau lainnnya.
30. NGERUSUH/RUSUH
Adalah istilah umum yang dipakai saat ada pemain atau kelompok yang melakukan tindakan tidak menyenangkan terhadap pemain lainnya. Tindakan itu boleh berupa 'mencuri' monster, mencuri drop item, atau hingga PK. Jenis pemain seperti ini tidak begitu disukai dalam komuniti pemain.
31. COLLECTING/FARMING
Istilah yang dipakai saat pemain sedang mengumpulkan item mentah untuk dipakai membuat senjata atau armor atau untuk keperluan quest. Collecting boleh dilakukan dengan memburu monster yang mendrop item itu, atau dengan 'farming', iaitu seperti mengumpulkan item-item itu di tempat tertentu tanpa membunuh monster.
32. QUEST/NQEQUEST/MISI
Istilah untuk melakukan suatu misi dalam permainan. Jika seorang pemain mengatakan dia sedang 'ngequest', artinya dia sedang menyelesaikan sebuah quest, dan mungkin tidak mampu hunting dalam group untuk sementara waktu.
33. PET
Pet adalah rakan pemain dalam permainan. Boleh berupa haiwan, atau makhluk-makhluk ajaib lainnya. Pet mampu memberikan serangan tambahan pada monster, atau juga buff kepada pemain.
34. GOLD/Z/ZENY
Bergantung dari tiap-tiap gamenya, tapi secara umum, untuk menyebut wang dipakailah kata gold.
35. NGELAG/NGEBUG
Sebutan untuk keadaan yang dialami pemain saat koneksi internetnya terganggu yang menyebabkan pergerakan pemainnya akan terlambat atau malah tidak merespon sama sekali. Sedangkan 'ngebug' adalah istilah yang dipakai saat pemain menemukan atau mengalami bug dalam game.
36. DC/diskonek
Sebutan untuk situasi yang dialami pemain saat koneksi internetnya terputus. Biasanya dia harus melakukan login ulang untuk masuk ke dalam permainan.
37. b> / WTB = Beli / Want to Buy
Istilah yang dipakai pemain saat dia mahu membeli suatu item atau barang. Misalnya: b>baju warrior lv 90 (itu maksudnya si penyebut mau beli baju warrior lv 90.. )
38. j> / WTS = Jual / Want to Sell
Istilah yang dipakai pemain saat dia mau menjual suatu item atau barang. Misalnya: J>baju warrior lv 90 (itu maksudnya si penyebut mahu menjual baju warrior lv 90.. )
Selain itu, adapula singkatan dan istilah khusus dalam suatu game. Setiap game memiliki istilah khusus mereka masing-masing yang mungkin berbeza dengan game lainnya. Jumlahnya banyak, dan kadang kala memiliki pelbagai versi untuk berbagai pemain yang menggunakannya.
Dan ada pula ungkapan-ungkapan khusus seperti :
SWT : ungkapan panik, kejengkelan, atau keheranan. SWT berasal dari kod emoticon Ragnarok Online untuk 'sweat' atau icon keringat
ZZZ : ungkapan yang untuk menggambarkan keadaan yang tidak mengenakan, atau situasi yang aneh. Kadang juga ditulis dalam titik 3 kali : ...
AAAAAAAAA : seperti layaknya berteriak di dunia nyata. Mungkin pemain itu sedang dikejar monster, atau mungkin hpnya tinggal sedikit, dan dia berteriak untuk mengekspresikan kepanikannya.
PLZ : please, atau berarti 'tolong'. Kata 'plz' ini biasaya disisipkan jika ada pemain meminta bantuan dari pemain lainnya. Misalnya : "kk, mohon buffnya plz"

Sekarang sudah tahu apa yang dimaksud dengan MMORPG. Pesanan cikgu ialah main game boleh-boleh saja asalkan jangan keterlaluan, jangan sampai melupakan RL (Real Life) kerana game itu hanya ada di DM (Dunia Maya).
Kredit:  internet-segalanya.blogspot.com / wikipedia / technopedia