Ads 468x60px

Tuesday 26 January 2016

Apa Itu Augmented Reality?

Augmented Reality bermaksud Realiti tertambah atau dikenal dengan singkatannya sebagai AR (augmented reality). Ianya adalah teknologi yang menggabungkan objek maya dua dimensi ataupun tiga dimensi ke dalam sebuah lingkungan nyata tiga dimensi lalu memprojeksikan objek-objek maya tersebut dalam waktu nyata. Tidak seperti realiti maya yang sepenuhnya menggantikan kenyataan, realiti tertambah sekadar menambahkan atau melengkapi kenyataan.


 Objek-objek maya menampilkan informasi yang tidak dapat diterima oleh pengguna dengan panca inderanya sendiri. Hal ini menjadikan realiti tertambah sesuai sebagai alat untuk membantu persepsi dan interaksi penggunanya dengan dunia nyata. Informasi yang ditampilkan oleh objek maya membantu pengguna melaksanakan kegiatan-kegiatan dalam dunia nyata. Contoh yang paling mudah bagi kita untuk memahami penggunaan AR ialah CT Scan atau MRI.

Realiti tertambah dapat diaplikasikan untuk semua panca indera, termasuk pendengaran, sentuhan, dan penciuman. Selain digunakan dalam bidang-bidang seperti kesihatan, ketenteraan, industri pembuatan, realiti tertambah juga telah diaplikasikan dalam perisian-perisian yang digunakan orang ramai, seperti pada telefon pintar.

Teknologi Augmented Reality sangat cepat sekali berkembang dan telah banyak aplikasi-aplikasi yang menggunakan teknologi AR. AR merupakan terobosan  dibidang teknologi yang sangat canggih. Kerana dengan teknologi ini kita dapat menjadikan segala hal yang abstrak atau virtual boleh kelihatan nyata atau real.

Teknologi AR sendiri telah dikembangkan dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah:
  1. Augmented Reality Interactive Games
  2. Augmented Reality Presentation
  3. Augmented Reality Event
  4. Augmented Reality High Tech Environment
  5. Augmented Reality Website
  6. Augmented Reality Promotion

Saturday 23 January 2016

WORLD'S MOST INFLUENTIAL SCIENTIFIC MINDS 2015/2016.








3 Malaysian scientists have been recognized by Thomson Reuters as part of the "World's Most Influential Scientific Minds".

1) Prof Dato Ir Dr Wan Ramli Wan Daud, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (Engineering & Built Environment), UKM (National University of Malaysia)

2) Prof Dr Siti Kartom Kamarudin, Timb Pengarah Institut SEL FUEL (FUEL CELL), UKM

3) Prof Dr Bassim Hameed, Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering), USM (Science University of Malaysia).

THANK YOU for bringing pride to the country. TERIMA KASIH kerana mengharumkan nama Negara, kekalkan usaha anda!

#SoaringUpwards Kementerian Pendidikan Tinggi Soaring Upwards