SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skal sangat besar (VLSI).
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skal sangat besar (VLSI).
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technoloy)
atau ringkasnya ICT adalah penggunaan komputer, peranti komunikasi dan perisian
aplikasi untuk memproses, menyimpan, mencapai semula, melindungi, dan
menghantar maklumat dari mana-mana tempat pada bila-bila masa.
DEFINISI MAKLUMAT
Maklumat merujuk kepada sebarang data-data yang telah dimanipulasikan oleh komputer yang boleh disimpan, dikongsi dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.
DEFINISI KOMUNIKASI
Komunikasi adalah proses bertukar-tukar maklumat dengan menggunakan peranti dan perkhidmatan komunikasi seperti internet, e-mel, telesidang video, dan telefon.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, faks, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
DEFINISI MAKLUMAT
Maklumat merujuk kepada sebarang data-data yang telah dimanipulasikan oleh komputer yang boleh disimpan, dikongsi dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.
DEFINISI KOMUNIKASI
Komunikasi adalah proses bertukar-tukar maklumat dengan menggunakan peranti dan perkhidmatan komunikasi seperti internet, e-mel, telesidang video, dan telefon.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, faks, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama: TMK adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua: TMK adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga: TMK digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
2. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
4. Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
5. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
6. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.
PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Di dalam
dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang
penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan,
manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik
yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan
sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan
dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini,
ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna
dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.
Media massa juga memainkan peranan penting dalam
membuka minda kita supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah
tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu
canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang
menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video
kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi
komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat
menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer
jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan
sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka
berada.
Tambahan pula, bagi sistem faksimili
bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar
melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya.Namun
begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat
juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh
melihat banyak jenayah yang dilaporkan di
akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media
elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang
untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh
teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut
dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.
Kesimpulannya,
teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin
kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan
pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan
bahawa masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang
inovatif, kreatif dan berhati mulia.
KOMPONEN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut
Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut
TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA MASA KINI
Dalam zaman yang serba moden ini, istilah teknologi
maklumat telah diperluas untuk merangkumi pelbagai aspek
pengkomputeran dan teknologi. Ahli-ahi profesional melakukan pelbagai
tugas yang berbeza-beza dari segi pemasangan perisian penggunaan
teknologi serta perekaan bentuk rangkaian komputer dan juga pangkalan
data maklumat.Kini, tugas yang dilakukan oleh mereka melalui teknologi
maklumat adalah seperti yang berikut. Iaitu termasuklah pengurusan
data, pengurusan sistem, perangkaian komputer, perekaan bentuk
perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data serta sistem maklumat
pengurusan (MIS) .
sumber rujukan:
http://jomkepoh.blogspot.com/2009/07/definisi-tentang-teknologi-maklumat-dan.html
sumber rujukan:
http://jomkepoh.blogspot.com/2009/07/definisi-tentang-teknologi-maklumat-dan.html
Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Perhubungan Maklumat (ICT)
Antara iklan terbaru dalam blog abuaslam ialah iklan ‘MyEg Service’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan kenderaan secara ‘internet online’. Sebelum ini syarikat-syarikat insuran telah menawarkan perkhidmatan tersebut untuk membaharui insuran kenderaan secara online tetapi para pemilik kenderaan terpaksa pergi ke JPJ atau Pejabat Pos Malaysia bagi membaharui cukai jalan masing-masing.
Selain itu beberapa agensi kerajaan lain juga sudah mengorak langkah memanfaatkan teknologi ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai pendapatan.
Terbaru, pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga sudah menggunakan sistem ‘E- Ticketing’ dan menawarkan tambang murah bagi menyaingi Air Asia. Justeru ada baiknya semua sistem pengangkutan terutama bas Ekspress turut menawarkan sistem sedemikian kerana ia memudahkan orang ramai membuat tempahan tanpa perlu pergi ke kaunter tiket.
Bagi industri perbankan pula Maybank Berhad mendahului bank lain dalam menawarkan sistem online dengan jenama maybank2u. Urusan pemindahan wang dan pembayaran bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat iaitu hanya di ‘hujung jari’.
Di sebalik kemudahan-kemudahan tersebut terdapat juga keburukannya antaranya peluang pekerjaan sebagai ajen insuran kenderaan dan pekerja di kaunter bank dan tiket pasti berkurangan. Ini akan menambahkan kadar pengangguran dalam negara. Justeru tenaga kerja yang ada perlu disalurkan ketempat yang sesuai bagi mengurangkan masalah tersebut. Ini kerana warganegara Malaysia tidak lagi berminat bekerja sebagai buruh kasar dan pembantu rumah atau pelayan restoran.
Sebenarnya banyak ilmu dan manfaat yang boleh digunakan dengan kewujudan teknologi ICT tetapi bila disalahgunakan terutama medium internet menyebabkan semua lapisan masyarakat termasuk remaja dan kanak-kanak turut terdedah kepada bahan lucah/porno. Ini seterusnya akan menambahkan gejala sosial seperti seks bebas dan jenayah berkaintan seks seperti rogol dan lain-lain.
Diharap samada kerajaan ataupun pihak swasta dapat berganding bersama bagi menghasilkan suatu rumusan dan pelan tindakan bagi membendung masalah dan kesan negatif dari ICT terutama peningkatan jenayah siber dan laman-laman sesawang yang berunsur lucah.
Sumber: http://kumpulan1kawan.blogspot.com
fuhh panjang penerangan mengenai teknologi maklumat dan komunikasi. iAwani pula adalah sebuah blog teknologi maklumat di Malaysia.
ReplyDelete