Ads 468x60px

Thursday 3 March 2016

Keputusan SPM 2015 Diumumkan!

Alhamdulillah, keputusan SPM 2015 telah diumumkan. Seperti tahun lepas, cikgu tidak dapat hadir untuk mengucapkan tahniah dan dorongan kepada semua anak didik cikgu yang datang mengambil keputusan peperiksaan SPM 2015. Ini dek kerana cikgu perlu bertugas sebagai JU untuk Portal Pembelajaran Maya di Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Berdebar jantung menantikan keputusan anak-anak didik cikgu. Usai tugas di JPN Melaka, cikgu bergegas pulang ke sekolah untuk meninjau keputusan bagi subjek ICT.

Alhamdulillah, kalian semua telah memberikan hadiah yang terbaik buat kami sebagai pendidik di SMK Bukit Rambai. Amat membanggakan cikgu.

Apabila data statistik dimuat naik oleh cikgu Goh, mata cikgu meliar mencari keputusan keseluruhan ICT negeri Melaka.

Syukur, "Ya Allah, Engkau telah makbulkan doa hambaMu!" Begitu juga dengan doa daripada ibu bapa kalian.

Pesan cikgu, kejarlah ilmu di mana sahaja kalian berada. Niatkan dan sematkan dijiwa bahawa segala ilmu yang diperoleh ingin digunakan untuk membela agama, bangsa dan negara.

Kalian adalah pemimpin pada masa hadapan. Warnai kehidupan dengan warna keilmuan. Kerana bangsa yang berjaya dan bertamadun tidak pernah lari dari pembangunan ilmu dan akhlak. Itu yang kamu semua telah pelajari dalam Sejarah Tingkatan 4. Yang penting jangan sekali-kali menyerah kalah. Hidup ini adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya!

Akhir kalam, cikgu mengucapkan selamat menempuh kehidupan baru. Semoga Allah memakbulkan cita-cita kalian. Sentiasalah bertaqarub dan bergantung harap kepada Ilahi.

0 comments:

Post a Comment