Ads 468x60px

Saturday, 15 November 2014

1BRIS : Laporan Ketua Audit Negara


SALAH satu perkara kontroversi yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara adalah pemasangan 1BestariNet Receiver Integrated System, atau 1BRIS.

Bagi sekolah tanpa struktur LAN yang sesuai untuk jalur lebar berkelajuan tinggi, menara 1BRIS dipasang di premis itu untuk menerima dan menyampaikan isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi.

Sebagai sebahagian daripada proses ini, Kementerian telah mendapatkan input daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berkenaan dengan kadar sewa yang sesuai untuk kontraktor, YTL. JPPH dalam surat bertarikh 14 Januari 2013
telah mengesyorkan sewa bulanan sebanyak RM1,200 bagi setiap tapak 1BRIS.

Walau bagaimanapun, YTL enggan membayar jumlah ini, malah menyatakan sebaliknya bahawa syarat-syarat kontrak membenarkan mereka untuk memasang menara secara percuma.

Selepas itu, pada 14 Februari 2014, Kementerian telah memutuskan untuk mengenakan sewa token sebanyak RM1,000 setahun bagi setiap tapak 1BRIS.

Berdasarkan jumlah yang baru ini, YTL membayar jumlah yang tertunggak, iaitu RM2,416.67 bagi setiap tapak dari 1 Mei 2012 hingga 30 Jun 2014, termasuk deposit tiga bulan.

Namun demikian, RM1,000 setahun adalah jauh berbeza daripada RM1,200 sebulan yang disyorkan oleh JPPH. Malah, Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kadar tersebut adalah 'tidak munasabah'.

Dengan sebanyak 3,203 menara 1BRIS dipasang di seluruh negara ini, pendapatan sewa pada harga RM1,200 sebulan atau RM14,400 setahun adalah RM46.12 juta setahun. Pada masa ini, YTL hanya membayar RM3.2 juta setahun. Ini bersamaan dengan kerugian pendapatan sebanyak RM42.92 juta setahun bagi Kementerian.

Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati berdasarkan kontrak yang dipersetujui antara Kementerian dan YTL, semua caj utiliti yang berkaitan dengan 1BestariNet dan 1BRIS adalah ditanggung oleh Kerajaan sepanjang tempoh kontrak,
sementara kontraktor hanya bertanggungjawab untuk kos yang berkaitan dengan pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan 1BRIS.

Ini adalah suatu kecuaian yang serius dalam perjanjian kontrak, seperti diakui pihak Kementerian dalam jawapannya kepada Pejabat Ketua Audit Negara bahawa pemasangan menara 1BRIS telah meningkatkan kos elektrik sekolah daripada RM150
hingga RM180 sebulan.

Bagi 3,203 tapak 1BRIS di seluruh negara, peningkatan caj elektrik adalah antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun. Dengan kata lain, jumlah ini merupakan subsidi oleh Kerajaan untuk kepentingan YTL.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan hanya melanggan perkhidmatan YTL dan tidak seharusnya dibebani dengan caj utiliti, yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada kos operasi penyedia perkhidmatan.

Akibat kelemahan dalam kontrak 1BestariNet yang jelas berat sebelah, YTL akan memperolehi keuntungan hampir RM50 juta setahun. Selama tempoh masa 15 tahun projek ini, YTL bakal mendapat keuntungan tambahan sebanyak RM750 juta. Ini tidak termasuk keuntungan daripada penggunaan komersil menara 1BRIS.

Menurut laporan portal berita yang kini tidak berfungsi iaitu fz.com pada 10 Mei 2013, Pengarah YTL Yeoh Seok Hong dipetik sebagai berkata, "menara di sekolah-sekolah bukan sahaja akan menyediakan sambungan Internet tanpa wayar di sekolah, tetapi di sekitar kawasannya juga".

Dengan kata lain, menara 1BRIS juga akan menyediakan perkhidmatan komersial jalur lebar YES 4G kepada penduduk sekitarnya, sekaligus memungkinkan YTL untuk meraih keuntungan tambahan.

Sumber: http://goo.gl/vErH3L

Thursday, 30 October 2014

Manfaat Dari Bigdata Kepada Sesebuah Syarikat

Apa manfaat yang dapat diperoleh dari Bigdata ?

Pengenalan BigData telah membolehkan pihak organisasi atau syarikat mengakses lebih banyak data berbanding sebelumnya. Data tak-terstruktur boleh dikatakan telah 'mati dan tidak bernilai', namun dengan BigData, ianya boleh dikumpul dan dianalisa bagi manfaat organisasi. BigData memberikan peluang kepada organisasi untuk menerokai korelasi data dan bentuk data (patterns) yang sebelum ini boleh dikatakan terselindung (hidden). Ini bermakna, pihak organisasi sekarang ini mempunyai akses kepada lebih banyak maklumat tepat yang boleh mempengaruhi perniagaan mereka.

Berikut ini beberapa pemanfaat dari BigData yang sering digunakan dalam syarikat besar.

Meningkatkan Jualan

Biasanya data yang dapat digunakan untuk meningkatkan jualan sesebuah perniagaan antaranya ialah seperti apa yang disukai, siapa yang disukai, bagaiamana perasaan saya, saya berada di mana, saya bersama siapa, apa yang telah saya beli, apa saja yang ingin saya beli, mimpi apa yang ingin saya miliki, dan hal-hal lainnya.
Data-data ini digunakan syarikat perniagaan untuk menilai produk-produk seperti apa yng perlu diciptakan dan diproduksi oleh syarikat agar pengguna menyukai dan membeli produk yang dihasilkan oleh syarikat

Hubungan Pelanggan (Costumer Relationship)

Kadang kita akan mendapatkan ucapan selamat ulang tahun dari beberapa syarikat produk, atau terkadang juga kita akan mendapatkan kiriman penawaran promo produk dari beberapa brand meskipun kita sudah lama tidak menggunakan produk mereka.

Ini sebahagian dari proses Customer Relathionship Management (CRM). Ini adalah salah satu cara syarikat untuk membina kesetiaan para pengguna mereka terhadap brand milik syarikat dan hal ini boleh menyebabkan pembelian kembali oleh pengguna terhadap brand dari syarikat tersebut. Perkara sebeginilah yang diharapkan oleh sesebuah syarikat.

Data-data ini biasanya dapat diukur dari tarikh ulang tahun kita, artis kegemaran kita, barang jenis kesukaan kita, atau hal-hal yang kita suka. Data-data ini dijadikan rujukan oleh syarikat untuk membina hubungan yang dekat dengan pengguna brand mereka. Sehingga pengguna boleh menjadi hero bagi brand syarikat di antara brand-brand produk lainnya.

Hubungan Pekerja (Employee Relation)

Sumber Manusia (Human Resources) adalah aset terbesar bagi sesebuah syarikat. Hal ini menjadi perhatian penting bagi sesebuah syarikati untuk meningkatkan kesetiaan dari para pekerja terhadap syarikat tersebut.

Sebagai contoh, pihak syarikat akan mengumpulkan data-data mengenai tingkat kepuasan dan ketidakpuasan dari para pekerjanya. Pihak syarikat akan menanalisa data-data menjadi sebuah nilai yang berharga, bagi membolehkannya meningkatkan prestasi dari pekerjanya melalui program-pogram yang disediakan oleh syarikat berkenaan. Hal ini biasanya menjadi tugas dari Jabatan Sumber Manusia (HRD) untuk melakukan perancangan program yang memberikan manfaat bagi tingkat kepuasan kerja para pekerja dan meningkatkan tahap produktiviti. Secara tidak langsung, ianya mampu menyekat para pekerja dari berpindah ke syarikat lain.

BigData memainkan peranan penting dalam memberikan informasi bagi sesebuah syarikat untuk melakukan inovasi dalam menjalankan core business mereka. Seterusnya terserahlah kepada syarikat memikirkan bagaimana untuk mengumpulkan dan mengolah BigData mereka.

Sumber:

1. http://www.e-dba.com/
2. http://blogdetik.com